Monday, 8 May 2017

UJIAN KECERGASAN CALON GURU (UKCG)

For those yang terpilih untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), a BIG congratulation to all of you! So by now you must prepare yourself physically untuk fasa pertama ni. After this then you will go for the next phase which is the interview. Dulu aku mohon IPG ni for 3 subjects: English, Sejarah and Pendidikan Islam. And I got subject Pendidikan Islam. Ujian Kecergasan aku pulak jauh tercampak tau, Perlis tu haa. Gilo paling hujung dalam peta Malaysia. Dah la dari Terengganu ni nak ke Perlis by car makan masa hampir 9-10 jam. So sehari sebelum hari tersebut, aku pergi la ke Perlis nun berdua je dengan ayah aku. (mula2 macam berat hati sebab kalau tak lepas ni macam sia2 je pergi jauh2 dah la ayah aku kena ambil cuti 2 hari) tapi ayah kemain duk pujuk suruh cuba nasib, pergi jelah kan.



Dah la nak sampai dekat IPG sana kemain payah. Kitorang waze pun boleh sesat tau seriously. Jenuh jugak duk tanya orang last2 skali Alhamdulillah sampai jugak. 

We checked in a hotel not far from the institute. Dah sampai bilik tu aku dan ayah terus pengsan haha dah tak larat la nak jalan lagi. And for me, nak buat preparation pun ape je kan. It’s a physical exercise, so you just have to be physically ready jela (I guess haha) dapatkan rehat secukupnya and oh seminggu sebelum tu ada la jugak jogging and buat stretching sikit (to loosen my muscles)


Tiba harinya. At that time, kitorang wajib pakai black sports attire (not sure sekarang syarat dia still sama ke tak) kitorang pergi awal and my dad left me there to settle down everything myself. 

For your information, UKCG ni ada 2 bahagian pulak: Ujian Bertulis dan Ujian Kecergasan Fizikal. Ujian bertulis ni pulak ada 2 cabang dia hahaha Bahagian 1 ada 135 soalan dan masa diberi ialah 30 minit. Senang je jawab ni, YA atau TIDAK or WAJAR atau TIDAK WAJAR atau pilihan jawapan. Tips nak jawab bahagian ni, satu je.. KENA LETAK MINDSET SEPETI SEORANG GURU. Ye tu je korang kena buat. Korang takyah nak prepare apa nak search google ke sebelum tu, tak perlu.

Contoh soalan dia kan ‘definisi amanah seorang guru ialah?’
               
                A.      Tidak curi tulang semasa bekerja
                B.      Mengajar mengikut waktu yang ditetapkan

Ye senang sangat je. Korang tak perlu perah otak fikir panjang2 nak jawab apa. Soala boleh guna logik akal. Tapi jawab hati2 lah ye dan JANGAN TINGGAL SOALAN. Jaga masa jangan sampai tak sempat jawab semua pulak.

Bahagian 2 dalam Ujian Bertulis ni pulak ada 60 soalan dan masa 15 minit sahaja haha. Ada 4 pilihan jawapan: Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Setuju (S), Sangat Setuju (SS).
Contoh soalan: ‘anda seorang yang suka menangguhkan kerja’

                                         A.      Sangat Setuju (SS)
                                         B.      Setuju (S)
                                         C.      Tidak Setuju (TS)
                                         D.      Sangat Tidak Setuju (STS)

Budak sekolah rendah pun tahu nak jawab yang mana satu kan hahaha. Sebab tu aku cakap Ujian Bertulis ni senang je. Mostly jawapan tu berkaitan dengan diri kita sendiri and tiada jawapan yang tepat.


Okay dah settle Ujian Bertulis. Moving on to Ujian Kecergasan Fizikal (ni yang aku tak sabar ni hahah)

Ada 5 aspek semua sekali tau: BMI, Bangun Tubi 5 Variasi, Tekan Tubi nonstop, Jangkauan Melunjur, dan Bleep Test

Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan so kitorang akan bergerak dari checkpoint ke checkpoint lain bersama untuk jimatkan masa

CHECK POINT 1 (UKUR BMI)
Kat sini kita akan ukur berat badan dan tinggi kita untuk tahu BMI kita normal ke tak. Okay yang ni paling simple la

CHECK POINT 2 (BANGUN TUBI 5 VARIASI)

Bangun Tubi Variasi 5 jenis. Uish apa yang sampai 5 variasi tu? Haaa macam ni tau:
              
                   1)      Tangan sentuh lutut
                   2)      Siku sentuh lutut
                   3)      Tangan kat dada then up
                   4)      Tangan kat belakang kepala then up
                   5)      Tangan sentuh kepala then up



Buat benda ni okay lagi tau, yang tak okay nye dia bagi sekali cuba je untuk setiap variasi. Gile ah. Aku yang tak pernah2 buat bangun tubi ya Allah semput! Aku buat je semua walaupun macam hape dah dan aku tak tahu macam mana diorang kira pemarkahan kat sini. Ada sesetengah ahli dalam group aku dah berheni kat variasi 3 sebab dah tak boleh bangun terus dah. Korang kalau boleh buat jelah selagi mampu ye. The struggle is real hahaha

CHECKPOINT 3 (LOMPAT QUADRANT)

benda ni nampak je senang tapi pergghhhh..terumbang-ambing aku dibuatnya..dia ada 4 kotak..kita kena lomat dalam kotak tu mengikut turutan,tak boleh songsang dan tak boleh pijak lain..kena buat banyak2 dalam masa seminit..memang susah la..huhu..dia kena high body balance and stability..macam gambar dibawah ni..



CHECKPOINT 4 (KILAS SISI)

Aku suka kilas sisi! sebab yang ni antara yang paling senang dan........yang paling penat nauzubillah..nampak tak permainan dia disitu?..kita kena berdiri membelakangi dinding..di dinding tu tertampal satu papan ..mula2 kita kena sentuh lantai enggunakan hujung jari kedua-dua belah tangan (lutut boleh bengkok tapi jangan sampai mencangkung pula) ,then kena pusing arah kanan ke belakang sentuh papan..lepas tu tunduk balik sentuh lantai then pusing kiri ke belakang untuk sentuh papan..nuat banyak2 dalam masa seminit..Allah je tahu betapa seksa nya lutut dan paha aku time tu..ada gambar contoh di bawah



CHECK POINT 5

Or should I say KILLER TEST. Bleep test. Lari 20m. secara berterusan. luas kawasan korang berlari tu seluas dewan sekolah korang tu ha. Ulang alik tau. Hahahaha dah la baru habis buat segala benda alah tadi dan sekarang dia suruh kita belari pulak. Rasa macam nak luruh jantung ni, (sebab tu la kena betul2 kuat huhu). Lulus mandatori bagi perempuan (Level 1-3), full marks (Level 1-6) dan untuk lelaki pulak, lulus mandatori (Level 1-4) dan full marks (Level 1-7). Kat sini TIADA REHAT. Dannn kalau korang tak berjaya sampai garisan sebelum bunyi wisel, dia akan angkat bendera kuning. 

Ni kalau korang gagal 2x berturut-turut, dia akan angkat kad merah. Huhu masa ni korang fahamlah yang korang dah gagal uijan tu, dia akan panggil korang keluar dan rehat kat tepi. Kuatkan semangat untuk check point ni tauuu sebab yang ni palingggggg memenatkan dan mencabar. Time aku buat dulu, dalam mindset fikir aku datang jauh2 ni bukan sebab nak gagal kat sini je. Tu je aku duk ulang dalam kepala. Tapi korang jangan terlalu memaksa pulak, kang pitam pulak. Biasanya kalau orang tu dah nampak macam separuh nyawa je tinggal, dia akan ditarik keluar dan suruh berhenti (yelah anak orang tu sape nak tanggungjawab karang huhu)


So I guess that is all for today’s entry. Yang penting sebelum pergi UKCG ni, korang kena start laa buat exercise sikit bila2 free tu. And paling penting bawak botol air mineral sendiri dan tuala (if necessary). Buat sehabis baik dan insyaAllah kalau dah rezeki korang, korang lepas laa UKCG ni.

I pray nothing but the best for you J




     

3 comments:

  1. Hrmm nmpk mcm ujian fizikal makin mencabar dari tahun sebelumnya

    ReplyDelete
  2. Titanium White Dominus Price - Online gaming
    Pricing. You can see an micro touch titanium trim overall higher price titanium engagement rings on the used ford escape titanium Titanium White tecate titanium Dominus from the game titanium quartz console. You can see it at its lowest price ever

    ReplyDelete