Kalau korang dapat temuduga IPG ini,
TAHNIAH! Ini bermakna korang lulus ujian saringan pertama Ujian Kelayakan Calon
Guru (UKCG)
Aku dapat temuduga IPG Calon Guru PISMP
dalam subjek Pendidikan Agama Islam. Sebenarnya aku mohon untuk 3 subjek tau:
English, Sejarah & Pendidikan Islam. Walaupun aku berharap aku dapat
English sebenarnya tapi rezeki dapat lain. Alhamdulillah. Maybe subjek ni
nampak lagi ‘kuat’ berbanding yang lain berdasarkan result SPM aku tu. Oh,
untuk interview ni alhamdulillah aku dapat di IPG Kuala Terengganu je (tak
payah dah kena pergi jauh-jauh.
Baju time nak pergi interview ni kenalah
ada ciri-ciri seorang pendidik sikit gittew hahaha. Aku pakai baju kurung time
graduasi SPM, tudung bawal dan berkasut kulit hitam. Simple je. Baju dan tudung
dua-dua plain. Tak payah bunga berlambak buat sakit mata je dan nampak crowded. Oh
dan aku bawak blazer jugak (ni tak wajib pun tapi ayah aku duk pujuk suruh
pakai huhu pakai jelah) dan kena pakai jam tangan! Yang nampak formal sikit la
ye (preferable jam besi) ha lupa benda
paling penting lagi satu, nametag! Nametag kalau boleh pakai la ye (anggap
wajib) not sure dalam syarat ada letakkan suruh pakai nametag ke tak tapi masa
aku interview tu mostly semua pakai nametag lah weh. Kan ke ada aura seorang
guru situ haha. Okay now you are good to go ;)
Sampailah di tempat temuduga, masa ni
korang dah tahu mana nak pergi berdasarkan nombor bilik yang dia akan bagitahu
melalui surat tawaran tu. Banyak bilik tau dan calon beratus. Masa ni la korang
akan kenal sape ahli kumpulan korang sebab nanti interview akan dijalankan
secara berkumpulan tau bukan sorang-sorang. So sementara tunggu turn kumpulan korang,
ambillah peluang nak kenal dengan ahli kumpulan tu. (oh ya, kumpulan ni dah
dibahagikan mengikut subjek yang sama)
Tiba time interview.
Kumpulan aku ada 7 orang, sorang je laki
huhu. Masuk je dalam bilik dia tu, panel akan suruh kita letak fail sijil kita
atas meja panel dan ambil tempat duduk yang telah ditetapkan. Ada 2 orang panel
dan panel aku dua-dua lelaki and yes diorang semua baik je, kitorang siap gelak-gelak lagi dalam bilik tu
Mula-mula panel tu suruh kami semua tonton satu
tayangan video. Walaupun video tu korang dah biasa tengok sebab pernah keluar
dekat iklan TV tapi time ni kena tengok dengan teliti lah, penuh penghayatan
gitu. Tak lama pun, video dalam 5-7 minit. Lepas dah habis video tu, panel akan
tanya soalan berdasarkan video tersebut. Mereka
akan tanya sorang-sorang ikut turutan tau so nasiblah dapat soalan jenis apa
then baru dia akan tanya soalan random pulak sape nak jawab silakan (tapi
jangan berebut pulak haha manners kena jaga) cuba elakkan jadi orang terakhir
yang jawab nanti idea kita orang lain dah ambil kita pulak termenung kat situ
tak kesudah. Memang semua orang kena bercakap, tak boleh diam langsung. Ahli
kumpulan aku semuanya memang hebat-hebat belaka, idea mereka semua bernas,
terasa kerdilku disitu huhu. Antara soalan yang aku dapat dari panel adalah:
Apakah nilai murni yang anda dapat daripada
video tersebut?
Apakah peranan guru dalam mengatasi masalah
ini
Cadangkan apa yang kamu perlu buat untuk
mengubah situasi dalam video tersebut
Takde satu habuk pun panel tanya pasal isu
pendidikan! Kemainlah aku hafal PPPM, nama menteri, KSSR, bilangan IPG tapi
panel tu tak tanya langsung ya Allah hahaha. Panel lagi banyak tanya pasal
video tu je. Selesai temuduga dalam bilik ni, ingatkan dah settle tau tapi
tidak. Orang lain dah lega boleh balik tapi untuk kami (yang temuduga subjek
Pendidikan Agama Islam), kitorang ada satu lagi sesi yang lebih mencabar iaitu
Bahasa. Kami perlu menduduki ujian Bahsa Arab.
Dalam ujian Bahasa Arab tu, kami perlu
membaca satu teks Bahasa arab dengan lancar mengikut nahu yang betul. Kemudian,
kami kena buat satu ayat berdasarkan gambar yang diberi. Dalam gambar tu ada
banyaklah aktiviti yang boleh dibuat ayat, syarat dia hendaklah
sekurang-kurangnya 6 patah perkataan. Selesai bahagian ni, tinggal lagi satu
iaitu ujian Al-Quran dan Fardhu A’in. dalam ujian Al-Quran kami perlu membaca
ayat Quran mengikut tajwid yang betul dan setelah selesai ujian al-Quran
seterusnya ialah ujian Fardhu A’in. aku waktu tu ditanya perihal solat: jamak
Taqdim dan jamak Ta’khir.
Dah. Akhirnya selesai la urusan kami
ditemuduga. What a day. habis tu memang rasa lega tapi aku sebenarnya dah rasa
tak sedap hati pasal ujian Bahasa aku tu. Macam tak lancar dan jawapan tajwid
aku banyak salah, buat ayat pun maybe tunggang langgang huhu. Nak buat macam
mana, dah lepas dah.
Walaupun aku tak berjaya dapat IPG ni, aku
takdelah down sangat. Tapi yela ayah aku tu, nak sangat tengok aku jadi cikgu
so tu yang aku rasa tak best sikit ni. Rasa bersalah dengan dia kan. Tapi dia
pun boleh terima la Alhamdulillah lepas aku dapat keputusan aku lulus interview
asasi TESL. Anyway, takde benda berlaku tanpa sebab. Aku dapat pengalaman
interview yang hebat dan dapat tambah kenalan
so yeah I’m good J
Hope that you will screw your interview successfully and I pray nothing but the best for you J
sis...x perlu cakap arab kew?
ReplyDelete