Hai gais:)
For this entry, aku nak promote lah negeri kelahiran aku, Bandaraya Warisan Pesisir Air.
haaaa sape yang tak tahu tu negeri apa? Terengganu lah beb. Dah nama pun macam tu, so mestilah banyak tempat2 rekreasi, pantai2 lawa and pulau yang indah belaka.
Aku buatkan list ni nanti bila2 korang nak datang Terengganu, wajib pergi semua tempat ni okay? kalau tak, tak syok lah datang sini.
1. Muzium Negeri Terengganu (Muzium Losong)
Korang kalau datang bercuti ke Kuala Terengganu, jangan lupa
berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu yang
terletak di kampung Losong. Aku dah berkali-kali datang sini. Member
dari jauh datang KT, memang aku bawak datang sini haha. Jangan tak tahu ye
Muzium ini merupakan muzium terbesar di Malaysia. Paling suka datang sini bukan
nak menyelongkar artifak bersejarah, tapi suka bergambar di kawasan muzium. Aku
dah masuk dalam muzium tu sejak kecil. Dah bosan kot hahah
Banyak view yang cantik sekitar Muzium Negeri Terengganu.
Tak rugi korang buat outdoor photoshoot dekat sini. Seriously! Boleh bergambar
latar belakang rumah lama, kapal besar, rumput yang menghijau & background
pintu gerbang muzium yang sangat cantik itu.
Tiket masuk ke Muzium Negeri Terengganu,
Warganegara Malaysia
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak (7-15 tahun) : RM2.00
Kanak-Kanak sekolah (pakaian seragam) : RM1.00
Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun : PERCUMA
Bukan Warganegara
Dewasa : RM15.00
Kanak-Kanak : RM10.00
**affordable sangat harga kan ;)
Waktu Operasi
Sabtu hingga Khamis (9.00 am- 5.00 pm)
Jumaat (9.00 am- 12.00 pm, dibuka semula pada jam 3.00 pm -
5.00 pm)
Hari Kelepasan Am (9.00 am- 5.00 pm)
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha (ditutup pada Hari Raya
Pertama & Kedua sahaja)
Antara galeri yang terdapat di dalam Muzium Negeri
Terengganu ialah Galeri Tekstil, Diraja, Islam, Kraf, Petronas, Sejarah, Sumber
Alam, Pelayaran & Perikanan. Selamat
menelaah ye semua.
2. Taman Tamadun Islam (TTI)
After berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu, singgahlah
pulak ke TTI. Biasanya orang datang sini nak masuk dalam Monumen Park yang
memuatkan kira-kira 22 monumen islam yang terkenal & unik dari 21 negara
Asia, European and African. So far, aku belum pernah lagi masuk Monumen Park.
Tengok dari luar je mampu haha. Kalau ada orang nak belanja, i on saje :p
Tiket Masuk Ke TTI Monumen Park
Adults : RM21.20
Senior Citizen (60 years & above) : RM15.90
Children (7-12 years) : RM15.90
Children (6 & below) : FOC (accompanied by parents)
Waktu Operasi
Isnin – Khamis (dari 10.00 am-7.00 pm)
Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum Terpilih
(dari 9.00 am-7.00 pm)
Tarikan Baharu 2016 di TTI
- Crystal Cruise 2
- Light & Sound
- Terengganu RiverRide
Details : http://tti.com.my/
3. Masjid Kristal
Masjid yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Seni
binaannya yang cantik & unik membuatkan ramai pengunjung datang kesini
untuk bergambar. Masjid Kristal terletak besebelahan TTI je pun. So after TTI,
korang boleh singgah solat berjemaah dulu di Masjid Kristal. Good idea kan
hehe. Then after solat semua, boleh lepak dekat cafe Masjid Kristal pekena
aiskrim sambil menikmati pemandangan di pesisiran pantai perghhh. Keistimewaan yang
ada dekat masjid ni lah yang banyak tarik perhatian orang luar and especially
photographers. Haa wedding photography memang ramai lah layan kat sini,
background masjid lawa kot kan. Masjid ni akan jadi bertambah tambah lah
lawanya bila malam. Tak percaya? Tengok ni
4. Pasar Besar Kedai Payang
Ini tempat wajib singgah sebelum balik Terengganu. Yelah
bawaklah balik souvenirs sikit kan. Kalau nak beli buah tangan dari Kuala
Terengganu, korang boleh shopping di Pasar Payang. Macam-macam barangan yang dijual
disini. Antaranya makanan popular di Terengganu seperti dodol, keropok, telur
penyu, buah-buahan tempatan, pakaian, kain songket, dan macam-macam lagi.
5. Pantai Batu Buruk
Lepas shopping buah tangan di Pasar Payang, korang singgah
pulak dekat Pantai Batu Buruk. Tak jauh pun Pasar Payang ke Pantai Batu Buruk.
Dalam 10 minit perjalanan je dah sampai. Sekarang Pantai Batu Buruk makin best
and makin ramai orang. Tarikan terbaru pantai ni ialah buaian yang tergantung
tu, acah macam kat Hawaii pun ada haha. Kedai makan pun dah banyak yang bukak
sepanjang pantai. Boleh beli makanan ringan kemudian lepak tepi pantai. Best
sungguh boh layan angin pantai Batu Buruk petang hari! Dok nipu nie hehe. Nak
datang malam pun boleh. Banyak aktiviti best diadakan di Pantai Batu Buruk ni
antaranya charity, busking, clown performance, naik kereta kuda and much more
6. Kampung Cina (China Town)
Dah puas menikmati angin pantai di Pantai Batu Buruk, apa
kata korang datang pula ke Kampung Cina. Menariknya di Kampung Cina ini ialah
terdapat street art di sepanjang laluan and di beberapa bangunan berhampiran
Kampung Cina. Korang yang suka bergambar, bolehlah datang ke sini bergambar
dengan keunikan street art yang terdapat di Kampung Cina pula. Memang tak
lekang berjalan la korang serious cakap. Kamera tu tak lepas dari tangan. Jalan
sikit, bergambar jalan 2 3 langkah lagi berhenti bergambar. Chinese arts tu
memang unik, mural2 tu semua diorang yang lukis sendiri. Kalau nak datang sini,
better datang siang hari lah. Petang dah okey. Kalau datang malam memang tak
berapa nampak sangatlah street art. Gambar pun confirm tak cantik sebab kurang
pencahayaan kan.
7. Pulau Warisan (I City Terengganu)
Puas bergambar sakan di China Town, korang singgah pula di
Pulau Warisan yang terletak bersebelahan Kampung Cina sahaja. Pulau Warisan
merupakan pulau buatan. Kalau nak datang sini, better datang waktu malam sebab
boleh tengok view yang cantik dekat sini. Ada pokok i-city sepanjang pulau. Dari
situ lah dapat nama I City Terengganu tu haha. Aku biasanya datang sini makan
Steamboat lah. Kedai D’ Steamboat namanya. Lokasi cun lah makan ada view laut
beb. Dah kenyang makan steamboat panas2, boleh pergi jalan2 area kawasan tu.
Boleh usha2 sampan and kapal2 besar kat jeti situ. Bergambar lagi hahaha. Sekarang
ada river cruise pulak yang menyusuri Pulau Wan Man (lokasi TTI & Masjid
Kristal). Mesti cantik gila kan boleh cuci mata tengok keindahan waktu malam di
Taman Tamadun Islam.
8. Pantai Airport (Pantai Teluk Ketapang)
Selain Pantai Batu Buruk, Pantai Airport pun antara pantai
favourite aku. Yang ni dekat sangat lah dari rumah aku. Banyak aktiviti yang
best boleh dilakukan di Pantai Airport. Contohnya naik kereta kuda, menunggang
kuda, main layang-layang and etc. Nak tengok flight mendarat pun boleh dekat
sini tau sebab Pantai Airport ni betul-betul bersebelahan Lapangan Terbang
Sultan Mahmud, Terengganu. Tempat makan best yang menjual seafood celup tepung
pun banyak dekat sini. Makanan bergoreng, jagung bakar, sate ikan semua adalah
dekat sini. Tetiba tekak rasa nak makan ikan celup tepung aduh
9. Pantai Tok Jembal
Pantai lagi?? hahaha kan dah cakap sini banyak pantai lawa2, memang jenuh nak oiii. Bila korang dah puas makan seafood celup tepung di Pantai
Airport, apa kata korang merasai pula pengalaman mandi pantai di Pantai Tok
Jembal. Tak jauh pun Pantai Airport ke Pantai Tok Jembal. Korang lalu je
sepanjang pagar Airport, kemudian nanti jumpa jalan kecil sebelah kanan ( yang
banyak pokok rhu tu). Kemudian pergi straight je. Akan sampai la ke Pantai Tok
Jembal. Kalau tak confident, tanya jela orang haha
Kelebihan Pantai Tok Jembal berbanding Pantai lain di Kuala
Terengganu sebab dekat sini boleh mandi. Pantai lain jangan harap la korang nak
mandi bagai. Dekat sini in sha Allah selamat. View dia pun sangat cantik
sungguh kita kabo ni dok pelawok.
10. Uptown Kontena Dapo Pata
Dah settle mandi di Pantai Tok Jembal, korang singgah pulak
makan di Uptown Kontena Dapo Pata okey. Kalau dekat Pantai Airport tadi korang
makan seafood celup tepung, dekat sini memang tak jumpa dah seafood celup
tepung. Uptown Kontena ini merupakan tarikan terbaru di Pantai Tok Jembal
(bersebelahan je dengan tempat mandi-manda tu) and merupakan tempat makan
pesisir pantai hipster yang pertama di Malaysia. Baru beroperasi pada 13
Februari 2016 yang lepas. Terus viral di laman sosial kot.
Antara makanan yang dijual di sini ialah meatball, nasi
lemak, sizzling, churros, coffee, takoyaki, soto, kebab dan banyak lagi. Uptown
Kontena mengamalkan konsep layan diri, makan di tempat terbuka. Sambil makan,
sambil melayan angin pantai segar di Pantai Tok Jembal. Memang best. Dibuka
dari 5.00 pm – 2.00 am. So korang lepak la sampai tengah malam pun takda siapa
yang marah
Alright, so sebenarnya banyaaaaaaaak lagi tempat menarik yang aku tak mention dalam entry ni. yelah kalau bab pantai saje pun dah berpuluh weh. Tapi yang ada dalam entry ni kira wajib lah pergi kalau datang sini. Sebenarnya sebab lain aku include tempat2 ni pun, sebab dekat dengan rumah aku. Rumah aku area airport Terengganu ni je. So kalau korang datang sini roger jelah aku okay! Aku boleh bawak pergi tempat2 ni ;)
As for me, aku lebih suka datang ke pantai berbanding
tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu yang lain. Campaklah aku pergi mana2
pantai yang menarik kat negeri lain pun, pantai Terengganu jugak yang boleh
tawan hati ni (for me ye guys) dah la sekarang belajar kat Sarawak, aduh
memang rindu betul dengan beach vibes dari Terengganu ni, rindu kepok lekor L dok jumpa lah
pengganti kepok lekor ganu kat mana tempat2 pun, Kelantan pun dok berapa
berkenan hehe.
Anyway, Selamat bercuti ke Kuala Terengganu guys! Jaga diri,
jaga peribadi bila datang ke negeri Terengganu. Negeri cantik, budaya menarik,
orangnya baik-baik kihkih.