HI THERE :) hope you are enjoying your time in here!

Monday, 8 May 2017

PLACES TO GO IN SARAWAK


When I think about it, coming here and get the chance to further my study in Sarawak is not a bad idea as I think it was at the beginning. I started to learn new things, experienced new situations, meet new people and many more. I don’t think I’ll ever come here if I don’t get this chance. Okay jujur la masa first time dapat tahu Sarawak ni memang mindset nanti duduk pedalaman, kawasan hutan bla bla tapi tak pun! Seriously guyssss Sarawak is a cool place, its beaches are so breathtaking, all their food are amazing, it has a unique culture and their people are so nice too!

Now I am currently in my 2nd semester but I have come across a list on places I would like to go in Sarawak J and I feel happy to share it here with you. The scope is only places in Kuching (lepas dah habis travel Kuching, barulah kita travel jauh2 pulak heee)

Here you go!


1. Kampung Kebudayaan Sarawak






2. Tugu Kuching dan Burung Kenyalang


ada kat tengah-tengah bandar Kuching

ada di Pantai Damai 

3. Masjid Lama Negeri Sarawak


Subhanallah dah macam castle lawa dia


4. Jong’s Crocodile Farm



5. Annah Rais Bidayuh Long House



6. Muzium Kuching



7. Orchid Garden




Annnnnnnd these are the places that I had a chance to go during semester 1 with my friends!

1.    

River Cruise di waterfront


Kuching Waterfront



Serikin Border Market. tempat best nak borong barang lawa dan murah




Pantai Damai



1.     

Plaza Merdeka 




Indian Street. another tempat wajib pergi kalau nak memborong sakan xD

okay have fun exploring Sarawak Bumi Kenyalang!










TESL INTERVIEW

Hi! I’m back with another entry about my interview’s experience. (janganlah bosan aku asyik duk cakap pasal interview je ye xD)


So this was my very first ever interview (before interview IPG) so I remembered how agitated I was. The interview was divided by two parts: writing and speaking test. For writing test, basically it is the same with SPM format but after months of not having any rigorous mental exercise, oh mann my grammar were all messed up. 

Every candidate was given 2 foolscap papers to fill in objective’s answers and an essay. The question paper consists of 15 objective’s questions and one essay question.

Alhamdulillah the questions were not that tough. Objective’s question must be answered based on news or articles. There are few of bombastic words that I can’t recall at that time but oh well I just try my best huhu while for essay question I got a topic on ‘what to prepare before going to a University’ I was so glad when I read the question. Everything went well in an hour time.


After the time has finished, our papers will be collected. All candidates will go to their respective interview room according to their panel number. We were also given our number’s turn. Having my name starts with a ‘W’, I was one of the last candidates :'(


Skip the waiting part, there comes my turn (finally). When I entered the small room, I smiled awkwardly and headed toward my panel. My panel was only consisted of 2 persons. Both are female. Okay so here is the rule: PLEASE DO SIT ONLY WHEN THE INTERVIEWER ASKS YOU TO DO SO. My chair is quite distance from the panel’s desk so I must be very formal and act politely. Every movement I made was being judged hardly.


So here are some of the questions I was being asked during the intense session (at least that I remember):-

1.       Tell me about yourself (as cliché as it might sound)

      Why do you take TESL
I told them about my passion in learning English, I want to become an English teacher just like my mother blablabla

3.       What is your plan in your future
I gave them a brief chronology event that will happen in 5 years’ time

Then one of the interviewers who looked up on my certificates asked “you said that you are into English so much, but how come you did not enter the English Club at your school?’’

Bang. I feel like wow I have been attacked. She sounds so sarcastic though haha. I took a deep breath and explained slowly. I really love to do calligraphy and I would like to sharpen my passion more. I learned a lot during my tutorial class and I got the chance to attend much calligraphy competition and even won some of them. She smiled and seemed satisfied by my answer.

4.       What is the current issue?
At that time, Malaysia was still shocked about the missing flight MH370 and Alhamdulillah I read that day’s news about it and the contents were still fresh in my mind so I get to answer this question fluently.

Again, from my certificates, one of the interviewers asked me “you seemed like you have read a lot of novels and books. Mind sharing with us one of your favourite novels?
So I picked a novel entitled ‘Left Overs’ by Stella Newman and gave a brief summary about what the novel has left an impact on me.

As far as I remembered, I think that were all the questions that have been asked. Honestly, I was glad that they focused more on what I presented on my certificates rather than asking me about minister, education and government stuff. Last but not least before I went out, I asked them a question (this is one of the tricks too to gain their attention more and to show our determination)

So to finalize this, the interview just took time about 15 minutes (for me), but the long wait makes you nervous. Don’t be introvert, talk to others and do share some ideas or tips that might help them and you as well.

Results were out and Alhamdulillah I was accepted for Foundation of TESL in UiTM Shah Alam for a year (one of the best moments in my life)

Hope your interview will go out smoothly and I pray nothing but the best for you J





INTERVIEW IPG


Kalau korang dapat temuduga IPG ini, TAHNIAH! Ini bermakna korang lulus ujian saringan pertama Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Aku dapat temuduga IPG Calon Guru PISMP dalam subjek Pendidikan Agama Islam. Sebenarnya aku mohon untuk 3 subjek tau: English, Sejarah & Pendidikan Islam. Walaupun aku berharap aku dapat English sebenarnya tapi rezeki dapat lain. Alhamdulillah. Maybe subjek ni nampak lagi ‘kuat’ berbanding yang lain berdasarkan result SPM aku tu. Oh, untuk interview ni alhamdulillah aku dapat di IPG Kuala Terengganu je (tak payah dah kena pergi jauh-jauh.


Baju time nak pergi interview ni kenalah ada ciri-ciri seorang pendidik sikit gittew hahaha. Aku pakai baju kurung time graduasi SPM, tudung bawal dan berkasut kulit hitam. Simple je. Baju dan tudung dua-dua plain. Tak payah bunga berlambak buat sakit mata je dan nampak crowded. Oh dan aku bawak blazer jugak (ni tak wajib pun tapi ayah aku duk pujuk suruh pakai huhu pakai jelah) dan kena pakai jam tangan! Yang nampak formal sikit la ye (preferable jam  besi) ha lupa benda paling penting lagi satu, nametag! Nametag kalau boleh pakai la ye (anggap wajib) not sure dalam syarat ada letakkan suruh pakai nametag ke tak tapi masa aku interview tu mostly semua pakai nametag lah weh. Kan ke ada aura seorang guru situ haha. Okay now you are good to go ;)


Sampailah di tempat temuduga, masa ni korang dah tahu mana nak pergi berdasarkan nombor bilik yang dia akan bagitahu melalui surat tawaran tu. Banyak bilik tau dan calon beratus. Masa ni la korang akan kenal sape ahli kumpulan korang sebab nanti interview akan dijalankan secara berkumpulan tau bukan sorang-sorang. So sementara tunggu turn kumpulan korang, ambillah peluang nak kenal dengan ahli kumpulan tu. (oh ya, kumpulan ni dah dibahagikan mengikut subjek yang sama)


Tiba time interview.

Kumpulan aku ada 7 orang, sorang je laki huhu. Masuk je dalam bilik dia tu, panel akan suruh kita letak fail sijil kita atas meja panel dan ambil tempat duduk yang telah ditetapkan. Ada 2 orang panel dan panel aku dua-dua lelaki and yes diorang semua baik je, kitorang siap gelak-gelak lagi dalam bilik tu


Mula-mula panel tu suruh kami semua tonton satu tayangan video. Walaupun video tu korang dah biasa tengok sebab pernah keluar dekat iklan TV tapi time ni kena tengok dengan teliti lah, penuh penghayatan gitu. Tak lama pun, video dalam 5-7 minit. Lepas dah habis video tu, panel akan tanya soalan berdasarkan video tersebut. Mereka  akan tanya sorang-sorang ikut turutan tau so nasiblah dapat soalan jenis apa then baru dia akan tanya soalan random pulak sape nak jawab silakan (tapi jangan berebut pulak haha manners kena jaga) cuba elakkan jadi orang terakhir yang jawab nanti idea kita orang lain dah ambil kita pulak termenung kat situ tak kesudah. Memang semua orang kena bercakap, tak boleh diam langsung. Ahli kumpulan aku semuanya memang hebat-hebat belaka, idea mereka semua bernas, terasa kerdilku disitu huhu. Antara soalan yang aku dapat dari panel adalah:


Apakah nilai murni yang anda dapat daripada video tersebut?

Apakah peranan guru dalam mengatasi masalah ini

Cadangkan apa yang kamu perlu buat untuk mengubah situasi dalam video tersebut

Takde satu habuk pun panel tanya pasal isu pendidikan! Kemainlah aku hafal PPPM, nama menteri, KSSR, bilangan IPG tapi panel tu tak tanya langsung ya Allah hahaha. Panel lagi banyak tanya pasal video tu je. Selesai temuduga dalam bilik ni, ingatkan dah settle tau tapi tidak. Orang lain dah lega boleh balik tapi untuk kami (yang temuduga subjek Pendidikan Agama Islam), kitorang ada satu lagi sesi yang lebih mencabar iaitu Bahasa. Kami perlu menduduki ujian Bahsa Arab.


Dalam ujian Bahasa Arab tu, kami perlu membaca satu teks Bahasa arab dengan lancar mengikut nahu yang betul. Kemudian, kami kena buat satu ayat berdasarkan gambar yang diberi. Dalam gambar tu ada banyaklah aktiviti yang boleh dibuat ayat, syarat dia hendaklah sekurang-kurangnya 6 patah perkataan. Selesai bahagian ni, tinggal lagi satu iaitu ujian Al-Quran dan Fardhu A’in. dalam ujian Al-Quran kami perlu membaca ayat Quran mengikut tajwid yang betul dan setelah selesai ujian al-Quran seterusnya ialah ujian Fardhu A’in. aku waktu tu ditanya perihal solat: jamak Taqdim dan jamak Ta’khir.


Dah. Akhirnya selesai la urusan kami ditemuduga. What a day. habis tu memang rasa lega tapi aku sebenarnya dah rasa tak sedap hati pasal ujian Bahasa aku tu. Macam tak lancar dan jawapan tajwid aku banyak salah, buat ayat pun maybe tunggang langgang huhu. Nak buat macam mana, dah lepas dah.


Walaupun aku tak berjaya dapat IPG ni, aku takdelah down sangat. Tapi yela ayah aku tu, nak sangat tengok aku jadi cikgu so tu yang aku rasa tak best sikit ni. Rasa bersalah dengan dia kan. Tapi dia pun boleh terima la Alhamdulillah lepas aku dapat keputusan aku lulus interview asasi TESL. Anyway, takde benda berlaku tanpa sebab. Aku dapat pengalaman interview yang hebat dan dapat tambah kenalan  so yeah I’m good J



Hope that you will screw your interview successfully and I pray nothing but the best for you J

UJIAN KECERGASAN CALON GURU (UKCG)

For those yang terpilih untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), a BIG congratulation to all of you! So by now you must prepare yourself physically untuk fasa pertama ni. After this then you will go for the next phase which is the interview. Dulu aku mohon IPG ni for 3 subjects: English, Sejarah and Pendidikan Islam. And I got subject Pendidikan Islam. Ujian Kecergasan aku pulak jauh tercampak tau, Perlis tu haa. Gilo paling hujung dalam peta Malaysia. Dah la dari Terengganu ni nak ke Perlis by car makan masa hampir 9-10 jam. So sehari sebelum hari tersebut, aku pergi la ke Perlis nun berdua je dengan ayah aku. (mula2 macam berat hati sebab kalau tak lepas ni macam sia2 je pergi jauh2 dah la ayah aku kena ambil cuti 2 hari) tapi ayah kemain duk pujuk suruh cuba nasib, pergi jelah kan.



Dah la nak sampai dekat IPG sana kemain payah. Kitorang waze pun boleh sesat tau seriously. Jenuh jugak duk tanya orang last2 skali Alhamdulillah sampai jugak. 

We checked in a hotel not far from the institute. Dah sampai bilik tu aku dan ayah terus pengsan haha dah tak larat la nak jalan lagi. And for me, nak buat preparation pun ape je kan. It’s a physical exercise, so you just have to be physically ready jela (I guess haha) dapatkan rehat secukupnya and oh seminggu sebelum tu ada la jugak jogging and buat stretching sikit (to loosen my muscles)


Tiba harinya. At that time, kitorang wajib pakai black sports attire (not sure sekarang syarat dia still sama ke tak) kitorang pergi awal and my dad left me there to settle down everything myself. 

For your information, UKCG ni ada 2 bahagian pulak: Ujian Bertulis dan Ujian Kecergasan Fizikal. Ujian bertulis ni pulak ada 2 cabang dia hahaha Bahagian 1 ada 135 soalan dan masa diberi ialah 30 minit. Senang je jawab ni, YA atau TIDAK or WAJAR atau TIDAK WAJAR atau pilihan jawapan. Tips nak jawab bahagian ni, satu je.. KENA LETAK MINDSET SEPETI SEORANG GURU. Ye tu je korang kena buat. Korang takyah nak prepare apa nak search google ke sebelum tu, tak perlu.

Contoh soalan dia kan ‘definisi amanah seorang guru ialah?’
               
                A.      Tidak curi tulang semasa bekerja
                B.      Mengajar mengikut waktu yang ditetapkan

Ye senang sangat je. Korang tak perlu perah otak fikir panjang2 nak jawab apa. Soala boleh guna logik akal. Tapi jawab hati2 lah ye dan JANGAN TINGGAL SOALAN. Jaga masa jangan sampai tak sempat jawab semua pulak.

Bahagian 2 dalam Ujian Bertulis ni pulak ada 60 soalan dan masa 15 minit sahaja haha. Ada 4 pilihan jawapan: Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Setuju (S), Sangat Setuju (SS).
Contoh soalan: ‘anda seorang yang suka menangguhkan kerja’

                                         A.      Sangat Setuju (SS)
                                         B.      Setuju (S)
                                         C.      Tidak Setuju (TS)
                                         D.      Sangat Tidak Setuju (STS)

Budak sekolah rendah pun tahu nak jawab yang mana satu kan hahaha. Sebab tu aku cakap Ujian Bertulis ni senang je. Mostly jawapan tu berkaitan dengan diri kita sendiri and tiada jawapan yang tepat.


Okay dah settle Ujian Bertulis. Moving on to Ujian Kecergasan Fizikal (ni yang aku tak sabar ni hahah)

Ada 5 aspek semua sekali tau: BMI, Bangun Tubi 5 Variasi, Tekan Tubi nonstop, Jangkauan Melunjur, dan Bleep Test

Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan so kitorang akan bergerak dari checkpoint ke checkpoint lain bersama untuk jimatkan masa

CHECK POINT 1 (UKUR BMI)
Kat sini kita akan ukur berat badan dan tinggi kita untuk tahu BMI kita normal ke tak. Okay yang ni paling simple la

CHECK POINT 2 (BANGUN TUBI 5 VARIASI)

Bangun Tubi Variasi 5 jenis. Uish apa yang sampai 5 variasi tu? Haaa macam ni tau:
              
                   1)      Tangan sentuh lutut
                   2)      Siku sentuh lutut
                   3)      Tangan kat dada then up
                   4)      Tangan kat belakang kepala then up
                   5)      Tangan sentuh kepala then up



Buat benda ni okay lagi tau, yang tak okay nye dia bagi sekali cuba je untuk setiap variasi. Gile ah. Aku yang tak pernah2 buat bangun tubi ya Allah semput! Aku buat je semua walaupun macam hape dah dan aku tak tahu macam mana diorang kira pemarkahan kat sini. Ada sesetengah ahli dalam group aku dah berheni kat variasi 3 sebab dah tak boleh bangun terus dah. Korang kalau boleh buat jelah selagi mampu ye. The struggle is real hahaha

CHECKPOINT 3 (LOMPAT QUADRANT)

benda ni nampak je senang tapi pergghhhh..terumbang-ambing aku dibuatnya..dia ada 4 kotak..kita kena lomat dalam kotak tu mengikut turutan,tak boleh songsang dan tak boleh pijak lain..kena buat banyak2 dalam masa seminit..memang susah la..huhu..dia kena high body balance and stability..macam gambar dibawah ni..



CHECKPOINT 4 (KILAS SISI)

Aku suka kilas sisi! sebab yang ni antara yang paling senang dan........yang paling penat nauzubillah..nampak tak permainan dia disitu?..kita kena berdiri membelakangi dinding..di dinding tu tertampal satu papan ..mula2 kita kena sentuh lantai enggunakan hujung jari kedua-dua belah tangan (lutut boleh bengkok tapi jangan sampai mencangkung pula) ,then kena pusing arah kanan ke belakang sentuh papan..lepas tu tunduk balik sentuh lantai then pusing kiri ke belakang untuk sentuh papan..nuat banyak2 dalam masa seminit..Allah je tahu betapa seksa nya lutut dan paha aku time tu..ada gambar contoh di bawah



CHECK POINT 5

Or should I say KILLER TEST. Bleep test. Lari 20m. secara berterusan. luas kawasan korang berlari tu seluas dewan sekolah korang tu ha. Ulang alik tau. Hahahaha dah la baru habis buat segala benda alah tadi dan sekarang dia suruh kita belari pulak. Rasa macam nak luruh jantung ni, (sebab tu la kena betul2 kuat huhu). Lulus mandatori bagi perempuan (Level 1-3), full marks (Level 1-6) dan untuk lelaki pulak, lulus mandatori (Level 1-4) dan full marks (Level 1-7). Kat sini TIADA REHAT. Dannn kalau korang tak berjaya sampai garisan sebelum bunyi wisel, dia akan angkat bendera kuning. 

Ni kalau korang gagal 2x berturut-turut, dia akan angkat kad merah. Huhu masa ni korang fahamlah yang korang dah gagal uijan tu, dia akan panggil korang keluar dan rehat kat tepi. Kuatkan semangat untuk check point ni tauuu sebab yang ni palingggggg memenatkan dan mencabar. Time aku buat dulu, dalam mindset fikir aku datang jauh2 ni bukan sebab nak gagal kat sini je. Tu je aku duk ulang dalam kepala. Tapi korang jangan terlalu memaksa pulak, kang pitam pulak. Biasanya kalau orang tu dah nampak macam separuh nyawa je tinggal, dia akan ditarik keluar dan suruh berhenti (yelah anak orang tu sape nak tanggungjawab karang huhu)


So I guess that is all for today’s entry. Yang penting sebelum pergi UKCG ni, korang kena start laa buat exercise sikit bila2 free tu. And paling penting bawak botol air mineral sendiri dan tuala (if necessary). Buat sehabis baik dan insyaAllah kalau dah rezeki korang, korang lepas laa UKCG ni.

I pray nothing but the best for you J




     

Saturday, 8 April 2017

VISIT TERENGGANU 2017

Hai gais:)

For this entry, aku nak promote lah negeri kelahiran aku, Bandaraya Warisan Pesisir Air.
haaaa sape yang tak tahu tu negeri apa? Terengganu lah beb. Dah nama pun macam tu, so mestilah banyak tempat2 rekreasi, pantai2 lawa and pulau yang indah belaka.

Aku buatkan list ni nanti bila2 korang nak datang Terengganu, wajib pergi semua tempat ni okay? kalau tak, tak syok lah datang sini.


1. Muzium Negeri Terengganu (Muzium Losong)

Korang kalau datang bercuti ke Kuala Terengganu, jangan lupa berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu yang  terletak di kampung Losong. Aku dah berkali-kali datang sini. Member dari jauh datang KT, memang aku bawak datang sini haha. Jangan tak tahu ye Muzium ini merupakan muzium terbesar di Malaysia. Paling suka datang sini bukan nak menyelongkar artifak bersejarah, tapi suka bergambar di kawasan muzium. Aku dah masuk dalam muzium tu sejak kecil. Dah bosan kot hahah

Banyak view yang cantik sekitar Muzium Negeri Terengganu. Tak rugi korang buat outdoor photoshoot dekat sini. Seriously! Boleh bergambar latar belakang rumah lama, kapal besar, rumput yang menghijau & background pintu gerbang muzium yang sangat cantik itu.



Tiket masuk ke Muzium Negeri Terengganu,

Warganegara Malaysia
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak (7-15 tahun) : RM2.00
Kanak-Kanak sekolah (pakaian seragam) : RM1.00
Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun : PERCUMA

Bukan Warganegara
Dewasa : RM15.00
Kanak-Kanak : RM10.00
**affordable sangat harga kan ;)


Waktu Operasi

Sabtu hingga Khamis (9.00 am- 5.00 pm)
Jumaat (9.00 am- 12.00 pm, dibuka semula pada jam 3.00 pm - 5.00 pm)
Hari Kelepasan Am (9.00 am- 5.00 pm)
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha (ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja)
 
Antara galeri yang terdapat di dalam Muzium Negeri Terengganu ialah Galeri Tekstil, Diraja, Islam, Kraf, Petronas, Sejarah, Sumber Alam,  Pelayaran & Perikanan. Selamat menelaah ye semua.



2. Taman Tamadun Islam (TTI)

After berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu, singgahlah pulak ke TTI. Biasanya orang datang sini nak masuk dalam Monumen Park yang memuatkan kira-kira 22 monumen islam yang terkenal & unik dari 21 negara Asia, European and African. So far, aku belum pernah lagi masuk Monumen Park. Tengok dari luar je mampu haha. Kalau ada orang nak belanja, i on saje :p


Tiket Masuk Ke TTI Monumen Park

Adults : RM21.20
Senior Citizen (60 years & above) : RM15.90
Children (7-12 years) : RM15.90
Children (6 & below) : FOC (accompanied by parents)

Waktu Operasi

Isnin – Khamis (dari 10.00 am-7.00 pm)
Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum Terpilih (dari 9.00 am-7.00 pm)

Tarikan Baharu 2016 di TTI

- Crystal Cruise 2
- Light & Sound
- Terengganu RiverRide

Details : http://tti.com.my/


3. Masjid Kristal

Masjid yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Seni binaannya yang cantik & unik membuatkan ramai pengunjung datang kesini untuk bergambar. Masjid Kristal terletak besebelahan TTI je pun. So after TTI, korang boleh singgah solat berjemaah dulu di Masjid Kristal. Good idea kan hehe. Then after solat semua, boleh lepak dekat cafe Masjid Kristal pekena aiskrim sambil menikmati pemandangan di pesisiran pantai perghhh. Keistimewaan yang ada dekat masjid ni lah yang banyak tarik perhatian orang luar and especially photographers. Haa wedding photography memang ramai lah layan kat sini, background masjid lawa kot kan. Masjid ni akan jadi bertambah tambah lah lawanya bila malam. Tak percaya? Tengok ni




4. Pasar Besar Kedai Payang

Ini tempat wajib singgah sebelum balik Terengganu. Yelah bawaklah balik souvenirs sikit kan. Kalau nak beli buah tangan dari Kuala Terengganu, korang boleh shopping di Pasar Payang. Macam-macam barangan yang dijual disini. Antaranya makanan popular di Terengganu seperti dodol, keropok, telur penyu, buah-buahan tempatan, pakaian, kain songket, dan macam-macam lagi.



5. Pantai Batu Buruk

Lepas shopping buah tangan di Pasar Payang, korang singgah pulak dekat Pantai Batu Buruk. Tak jauh pun Pasar Payang ke Pantai Batu Buruk. Dalam 10 minit perjalanan je dah sampai. Sekarang Pantai Batu Buruk makin best and makin ramai orang. Tarikan terbaru pantai ni ialah buaian yang tergantung tu, acah macam kat Hawaii pun ada haha. Kedai makan pun dah banyak yang bukak sepanjang pantai. Boleh beli makanan ringan kemudian lepak tepi pantai. Best sungguh boh layan angin pantai Batu Buruk petang hari! Dok nipu nie hehe. Nak datang malam pun boleh. Banyak aktiviti best diadakan di Pantai Batu Buruk ni antaranya charity, busking, clown performance, naik kereta kuda and much more



6. Kampung Cina (China Town)

Dah puas menikmati angin pantai di Pantai Batu Buruk, apa kata korang datang pula ke Kampung Cina. Menariknya di Kampung Cina ini ialah terdapat street art di sepanjang laluan and di beberapa bangunan berhampiran Kampung Cina. Korang yang suka bergambar, bolehlah datang ke sini bergambar dengan keunikan street art yang terdapat di Kampung Cina pula. Memang tak lekang berjalan la korang serious cakap. Kamera tu tak lepas dari tangan. Jalan sikit, bergambar jalan 2 3 langkah lagi berhenti bergambar. Chinese arts tu memang unik, mural2 tu semua diorang yang lukis sendiri. Kalau nak datang sini, better datang siang hari lah. Petang dah okey. Kalau datang malam memang tak berapa nampak sangatlah street art. Gambar pun confirm tak cantik sebab kurang pencahayaan kan.






7. Pulau Warisan (I City Terengganu)

Puas bergambar sakan di China Town, korang singgah pula di Pulau Warisan yang terletak bersebelahan Kampung Cina sahaja. Pulau Warisan merupakan pulau buatan. Kalau nak datang sini, better datang waktu malam sebab boleh tengok view yang cantik dekat sini. Ada pokok i-city sepanjang pulau. Dari situ lah dapat nama I City Terengganu tu haha. Aku biasanya datang sini makan Steamboat lah. Kedai D’ Steamboat namanya. Lokasi cun lah makan ada view laut beb. Dah kenyang makan steamboat panas2, boleh pergi jalan2 area kawasan tu. Boleh usha2 sampan and kapal2 besar kat jeti situ. Bergambar lagi hahaha. Sekarang ada river cruise pulak yang menyusuri Pulau Wan Man (lokasi TTI & Masjid Kristal). Mesti cantik gila kan boleh cuci mata tengok keindahan waktu malam di Taman Tamadun Islam.


8. Pantai Airport (Pantai Teluk Ketapang)

Selain Pantai Batu Buruk, Pantai Airport pun antara pantai favourite aku. Yang ni dekat sangat lah dari rumah aku. Banyak aktiviti yang best boleh dilakukan di Pantai Airport. Contohnya naik kereta kuda, menunggang kuda, main layang-layang and etc. Nak tengok flight mendarat pun boleh dekat sini tau sebab Pantai Airport ni betul-betul bersebelahan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu. Tempat makan best yang menjual seafood celup tepung pun banyak dekat sini. Makanan bergoreng, jagung bakar, sate ikan semua adalah dekat sini. Tetiba tekak rasa nak makan ikan celup tepung aduh


9. Pantai Tok Jembal

Pantai lagi?? hahaha kan dah cakap sini banyak pantai lawa2, memang jenuh nak oiii. Bila korang dah puas makan seafood celup tepung di Pantai Airport, apa kata korang merasai pula pengalaman mandi pantai di Pantai Tok Jembal. Tak jauh pun Pantai Airport ke Pantai Tok Jembal. Korang lalu je sepanjang pagar Airport, kemudian nanti jumpa jalan kecil sebelah kanan ( yang banyak pokok rhu tu). Kemudian pergi straight je. Akan sampai la ke Pantai Tok Jembal. Kalau tak confident, tanya jela orang haha


Kelebihan Pantai Tok Jembal berbanding Pantai lain di Kuala Terengganu sebab dekat sini boleh mandi. Pantai lain jangan harap la korang nak mandi bagai. Dekat sini in sha Allah selamat. View dia pun sangat cantik sungguh kita kabo ni dok pelawok.



10. Uptown Kontena Dapo Pata

Dah settle mandi di Pantai Tok Jembal, korang singgah pulak makan di Uptown Kontena Dapo Pata okey. Kalau dekat Pantai Airport tadi korang makan seafood celup tepung, dekat sini memang tak jumpa dah seafood celup tepung. Uptown Kontena ini merupakan tarikan terbaru di Pantai Tok Jembal (bersebelahan je dengan tempat mandi-manda tu) and merupakan tempat makan pesisir pantai hipster yang pertama di Malaysia. Baru beroperasi pada 13 Februari 2016 yang lepas. Terus viral di laman sosial kot.


Antara makanan yang dijual di sini ialah meatball, nasi lemak, sizzling, churros, coffee, takoyaki, soto, kebab dan banyak lagi. Uptown Kontena mengamalkan konsep layan diri, makan di tempat terbuka. Sambil makan, sambil melayan angin pantai segar di Pantai Tok Jembal. Memang best. Dibuka dari 5.00 pm – 2.00 am. So korang lepak la sampai tengah malam pun takda siapa yang marah




Alright, so sebenarnya banyaaaaaaaak lagi tempat menarik yang aku tak mention dalam entry ni. yelah kalau bab pantai saje pun dah berpuluh weh. Tapi yang ada dalam entry ni kira wajib lah pergi kalau datang sini. Sebenarnya sebab lain aku include tempat2 ni pun, sebab dekat dengan rumah aku. Rumah aku area airport Terengganu ni je. So kalau korang datang sini roger jelah aku okay! Aku boleh bawak pergi tempat2 ni ;)

As for me, aku lebih suka datang ke pantai berbanding tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu yang lain. Campaklah aku pergi mana2 pantai yang menarik kat negeri lain pun, pantai Terengganu jugak yang boleh tawan hati ni (for me ye guys) dah la sekarang belajar kat Sarawak, aduh memang rindu betul dengan beach vibes dari Terengganu ni, rindu kepok lekor L dok jumpa lah pengganti kepok lekor ganu kat mana tempat2 pun, Kelantan pun dok berapa berkenan hehe.

Anyway, Selamat bercuti ke Kuala Terengganu guys! Jaga diri, jaga peribadi bila datang ke negeri Terengganu. Negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik kihkih.